Wednesday, February 6, 2013

AKIBAT PROTES TERBAKAR DIRI SENDIRI NGERI 18 SG!!



AKIBAT PROTES TERBAKAR DIRI SENDIRI NGERI 18 SG!!

- SILAKAN SHARE -


LIKE FANPAGE                    ►    https://www.facebook.com/mrzamextreme

YOUTUBE CHANNEL          ►   Mr.Zam Extreme YouTube Channel


EDITOR : Mr.Zam Extreme

Tuesday, December 25, 2012

IMEJ ENTITI DALAM PERUT ??






Assalammualaikum kepada semua pembaca setia blog Mr.Zam Extreme .


Mungkin apa yang hendak Mr.Zam Kongsikan kali ini agak jarang dan sukar untuk di percayai tetapi berlaku dan samada 100% benar atau tidak terpulang kepada pendapat masing-masing,



Melakukan imbasan merupakan antara proses awal yang di lakukan oleh doktor dalam melihat pergerakan anak dalam perut ketika ibu mengandung, sudah tentu yang paling teruja adalah ibu dan ayah apabila melihat kandungan anaknya itu berada dalam keadaan normal dan bergerak-gerak.


Namun, ada satu kejadian yang agak menyeramkan bagi seorang ibu ini apabila sedang melakukan imbasan terhadap anaknya. Apa yang muncul adalah dipercayai wajah mendiang neneknya dalam kandungan.





Seorang ibu dari Brazil terkejut ketika melihat hasil USG bayinya menampilkan penampakan wajah yang mirip dengan mertua atau nenek dari si bayi yang telah meninggal.

Phamela de souza dan suaminya suaminya, Marcelo terkejut ketika mengetahui hasil USG tersebut dan langsung teringat akan ibunya, tiada sejak empat bulan lalu.

Marcelo yakin  ibunya kembali untuk mengawasi dan menjaga keluarganya. Anak mereka saat ini berumur tiga tahun mengaku sering melihat neneknya. “Aku percaya itu ibu. Itu wajahnya. Sangat mirip dan dia kembali untuk menjaga kami,” ujarnya.




Biarpun hal ini sangat aneh, Marcelo mengaku lebih tenang dengan meninggalkan keluarga ketika bekerja setelah tahu mereka dijaga mendiang ibunya. Namun, beberapa sepupunya ketika ditunjukkan foto itu, mereka  terkejut dan merasa seram. Bahkan kawan2 Marcelo juga tidak boleh tidur sejak melihat hasil USG itu.


Samada benar ataupun tidak sukar untuk di pastikan, maybe yes maybe not atau cuma sebuah ilusi semata-mata .



- SILAKAN SHARE -

LIKE FANPAGE                    ►    https://www.facebook.com/mrzamextreme

YOUTUBE CHANNEL          ►   Mr.Zam Extreme YouTube Channel


EDITOR : Mr.Zam Extreme




Sunday, December 9, 2012

MANTERA UNTUK MEMANGGIL LANGSUIR / PONTIANAK ??

Assalammualaikum kepada semua Followers blog Mr.Zam Extreme

Ok Kali ni Mr.Zam nak berkongsi kepada korang semua artikel yang jarang di perkatakan orang, tentang mantera yang di katakan boleh menghadirkan Langsuir / pontianak ?

Apapun sebelum korang membaca nya perlu di ingatkan hanya Allah Swt sahaja lah yang berkuasa di atas tiap sesuatu .






Sir Richard Olaf Winstedt (2 Ogos 1878 – 2 Jun 1966), atau juga dikenali sebagai R. O. Winstedt, merupakan pengkaji Timur Inggeris dan pentakbir koloni dengan kemahiran Malaya British.


Winstedt dilahirkan di Oxford, mendapat pendidikan di Magdalen College School and New College, Oxford, dari mana dia menerima MA.
Pada 1902 dia menjadi kadet dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan Tanah Melayu, dan ditempatkan di negeri Perak di mana dia mempelajari bahasa dan budaya Melayu.
Pada 1913 dia dilantik sebagai Pegawai Daerah di Kuala Pilah, dan pada 1916 menyertai jabatan pendidikan. Pada 1920 Winstedt menerima DLitt daripada Oxford.



Olaf  Winstedt ada satu sifat buruk. Bila dia ditugaskan ke negeri-negeri FMS, dia tidak buat kerja yang ditugaskan tapi dia selongkar istana-istana Melayu and belajar pasal manuskrip-manuskrip lama.
Pada 1909 beliau telah menulis dalam satu unpublished Journal by Asiatic Society, ILMU MEMANGGIL PUNTIANAK. Recorded from account of Dato’ Amarabangsa Wiraja/Wijaya.. Seorang pawang yang amat ampuh zaman itu dari Temenggor, Di katakan sekitar tahun 1850 .

Inilah dia Manuskrip lama atau Mantera yang di katakan boleh menghadirkan jelmaan Langsuir / Pontianak itu ??




BACA BOLEH, PERCAYA  JANGAN, SEKADAR UNTUK TATAPAN !!


SUMBER DARI 
► http://www.illustrasiaku.com/mantera-untuk-memanggil-langsuir/
- SILAKAN SHARE -






   ►   Mr.Zam Extreme LIVE! Streaming  


EDITOR : Mr.Zam Extreme


Tuesday, July 3, 2012

JIN ALIH BAS, TRAK, MOTOR YANG SEDANG BERGERAK KE DALAM HUTAN ?

Assalammualaikum kepada semua pembaca setia Blog Mr.Zam Extreme . . . .

Ok kali ni Mr.Zam nak kongsikan kisah yang benar-benar terjadi kepada sebuah bas milik Pahala kencana bersama 33 penumpang lain yang telah di alihkan oleh " sesuatu " ke dalam hutan ketika bas sedang bergerak dan ini merupakan suatu fenomena baru yang agak aneh!

Mungkin juga bas tersebut termasuk ke dalam dimensi lain ataupun pintu masa ( Stargate )

Biasa kita dengar orang yang sedang tidur kena alih tempat tapi kali ni sebuah bas pada 21 jun 2012 baru-baru ini,

ikuti kisah selanjut nya kat bawah ni .





Korang ada terfikir tak apa yang Mr.Zam fikirkan sekarang ini, kalau kena alih ke dalam hutan boleh di terima lagi, buat-buatnya di alihkan ke dalam sungai, tasik, laut tak ke haru-biru jadinya, 

Kan bagus Jin-jin ni alihkan je terus ke destinasi yang nak di tuju kan cepat sket sampainya, huh kena hati-hati sekarang ni Jin pun dah ada alat teleportation lah ! 

Nampaknya hantu-hantu dah mula mengganas dan main kasar, kalau dekat dah lama Mr.Zam arahkan Team gi siasat sejauh mana kebenarannya .

Pada perkiraan Mr.Zam semasa kejadian di katakan 33 penumpang sedang tidur dan tiada siapa dapat memberi kesimpulan bagaimana ianya terjadi kecuali pemandu bas, Namun pemandu bas juga menjadi kebingungan dengan apa yang berlaku.


Kedua jalan yang mereka lalui tu memang tiada berlampu kiri dan kanan, mungkin juga tersilap masuk atau jalan yang mempunyai bentuk yang serupa atau mungkin pemandu bas yang khuatir dia kena marah dan reka cerita kononnya bas tersebut di alih oleh sesuatu .

Tapi yang anehnya, tiada kesan calar balar terdapat pada bas seolah-olah di angkat oleh sesuatu dan bagaimana boleh berada di tengah-tengah pokok jati, sehingga semasa hendak di keluarkan penduduk terpaksa memotong pokok-pokok yang menghalang ?

Kronologi kejadian yang serupa :

1) Tahun 2003 : 
Beberapa orang pelajar hilang di temui semula dalam hutan tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri.



2) Tahun 2008 :
Seorang penunggang motorsikal juga petugas polis yang hilang selama 2 hari di temui dalam hutan yang sama dalam keadaan tertidur.



3) Tahun 2009 :
Sebuah trak yang penuh dengan muatan juga di jumpai di dalam hutan tersebut dengan pemandu serta kelindannya dalam keadaan tidak sedarkan diri selama 1 hari selepas di laporkan hilang.



4) Tahun 2012 :
Sebuah bas juga seolah-olah di alihkan kedalam hutan yang penuh misteri ini hutan gadongan di jawa tengah.

Kesemua mereka yang mengalami fenomena ini rata-ratanya dalam keadaan tertidur, kenapa, apakah adanya agenda tertentu atau wujudnya teknologi terbaru dan mereka mahu mencubanya.

Kenapa mesti tertidur, bagaimana jika tidak tertidur mesti nampak macam-macam benda kan ?

Apakah wujudnya dimensi waktu atau adanya pintu ke alam lain, Allah Swt sahaja yang maha mengetahui kita sebagai manusia hanya mampu meneka sahaja.

LIHAT VIDEONYA :

MISTERI BAS, TRUK,MOTORSIKAL DI ALIH SECARA MISTERIUS !



- SILAKAN SHARE -

LIKE FANPAGE                    ►    https://www.facebook.com/mrzamextreme

YOUTUBE CHANNEL          ►   Mr.Zam Extreme YouTube Channel

EDITOR : Mr.Zam Extreme

Tuesday, June 19, 2012

PENUNGGU BANGLO TINGGAL 30 TAHUN DI LAMPAM KEDAH

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca setia Blog Mr.Zam Extreme........


Kali ni ada sesuatu yang hendak Mr.Zam kongsikan bersama anda semua, sesuatu yang begitu di geruni hingga bertahun lamanya kisah benar mengenai sebuah Banglo tinggal 30 tahun di Lampam Kedah .

Team MrZam Extreme Ghost Hunter cuba untuk merungkaikan misteri yang selama ini masih menjadi tanda tanya dan juga menjadi bualan hangat penduduk kampung yang berhampiran.






Tiada siapa yang menyangka wujudnya sebuah banglo di dalam kebun getah sejauh 3 km dari jalan utama jauh ke dalam, Apakah kisah-kisah misteri Banglo ini cuma rekaan penduduk setempat dan benarkah banglo tersebut berhantu, berpenunggu, berpuaka sehingga di geruni masyarakat setempat ?




Laluan untuk masuk ke banglo tersebut terpaksa melalui kawasan kebun getah yang juga terbiar, kiri dan kanan hutan tebal dan jalan pun agak mendap dan sukar, ketika ni Team Mr.Zam cuba meninjau kawasan sekitar yang memang gelap gelita, cuma lampu kereta saja yang menerangi kawasan ni. 


Sempat possing jam sekitar pukul 1.30 pagi


Malangnya Team Mr.Zam terpaksa membatalkan niat untuk terus ke banglo tersebut pada pagi itu, di sebabkan beberapa faktor, antaranya jalan yang agak mendap dan sukar untuk meneruskan perjalanan, akhirnya kami membuat keputusan untuk mencari alternatif lain keesokkan harinya.




Anak panah menunjukkan laluan ke Banglo tersebut




Suasana amat gelap dan sesekali terdengar bunyi lolongan serigala liar yang membangkitkan perasaan seram antara kami, tapi kerana naluri ingin tahu dan semangat kami yang cukup tinggi untuk mengetahui tentang banglo tersebut perasaan seram, gerun dapat di kawal !



Bulan mengambang penuh masa ni


Walaupun begitu kami harus bersedia dengan pelbagai kemungkinan kerana pernah penduduk kampung terserempak dengan pak belang ataupun harimau belang di sini,  sememangnya tidak di nafikan suasana di sini begitu mencengkam perasaan.






Team Mr.Zam mencari alternatif lain, Kami cuba mendapatkan sedikit maklumat dari  beberapa penduduk kampung antaranya orang kuat di kampung bukit iaitu Abg Long Bri atau panggilan mesranya Abang Long.

Beliau memang tidak sedap hati tujuan kami mahu ke banglo tersebut di khuatiri " Penghuni " di situ akan mengamuk dan team kami akan di persalahkan jika sesuatu yang buruk berlaku kepada penduduk kampung.


Bagi 10 ribu pun aku tk piiii ( banglo ).....Abang Long Bri berseloroh sambil perli kami ha ha ha 


Seorang bomoh yang mahu namanya di rahsiakan juga turut menasihati kami agar membatalkan saja niat kami untuk ke banglo tersebut, tapi kami tetap juga mahu pergi kerana kami tidak mahu percaya atau rasa gerun pada sesuatu tempat yang belum pasti kesahihannya.

Rata-rata penduduk di situ hanya mendengar dan mengetahui tentang misteri banglo tersebut melalui mulut ke mulut dan kebanyakkan penduduk di situ ada yang tidak pernah pergi ke banglo tersebut meskipun telah lama tinggal di situ ( bendang raja bersebelahan dengan kampung whatt siam )

Antaranya pernah seorang penduduk kampung yang di kenali sebagai Pakcik Mansur ( foto di bawah ) anggota sukarelawan yang menjaga pondok pengawal di laluan bendang raja pernah mencari rebung di waktu malam dan ketika melintasi banglo tersebut mereka terlihat cahaya terang benderang datang dari banglo ini, agak mustahil kerana bekalan elektrik telah pun terputus dan semasa tinjauan kami memang banyak kabel-kabel yang dah rosak.


Pakcik Mansur memberitahu yang beliau sendiri pernah di ganggu suara yang menakutkan semasa mencari rebung .


Menurut Pakcik Mansur lagi, banglo tersebut telah di tinggalkan hampir 30 tahun yang lalu dan di katakan mempunyai " Penghuni " yang menyeramkan dan di katakan juga dulunya banglo ni di diami oleh seorang dukun siam yang bernama Tok Wun bersama anaknya .

Selepas berlaku insiden seorang wanita bunuh diri (Gantung diri), mereka akhirnya membuat keputusan meninggalkan banglo tersebut kerana tidak tahan dengan " gangguan ' di waktu siang ataupun malam dan selepas itu terbiarlah banglo ini selama 30 tahun .


Lebih menyeramkan mayat wanita yang bunuh diri itu di katakan masih tersimpan dalam banglo ini sebagai upacara pemujaan oleh orang-orang siam 30 tahun yang lalu. huh !!





 
Susana ketika ni agak suram, bulu roma mula meremang 






Seperkara lagi yang menarik mengenai banglo ni ialah, walaupun telah di tinggalkan selama 30 tahun tetapi keadaan sekeliling seolah-olah di jaga oleh " sesuatu " 

Sebab agak mustahil rumput-rumput masih tidak tumbuh melata dan keadaan banglo tersebut juga masih dalam keadaan elok bumbung juga dalam keadaan yang elok dan yang paling pelik tiada sarang labah-labah di mana-mana sudut dalam banglo ini . Siapakah " Penjaganya "








Menurut penduduk kampung banglo ini terkunci hampir 30 tahun, siapakah yang membuka pintu ini sewaktu Mr.Zam tiba bersama seorang lagi team bernama bro Zack.




Korang ada rasa apa-apa yang pelik tak dalam foto ni ?


Imej ini di sedari oleh salah seorang fans yang hanya mahu di kenali sebagai Xane Neor, beliau memberitahu kepada kami ada sesuatu di dalam foto ini, terkejut kerana di dalam foto ini terlihat bentuk Pocong ! Lihat foto di bawah ini .


Bayangan berbentuk Pocong ! ( dalam bulatan merah ) perhatikan betul-betul


Apakah imej tersebut di sebabkan ilusi kamera ataupun benar-benar wujudnya jelmaan mahkluk halus, foto ini di ambil sekitar jam 6.45 petang, waktu dekat nak mahgrib tapi team kami harus tinggalkan banglo ni dalam pukul 7.15 petang atas nasihat orang kuat kampung bukit Abang Long Bri untuk mengelakkan kejadian yang tidak di ingini berlaku kepada penduduk kampung dan juga team Mr.Zam.


Sepanjang tinjauan kami memang tiada aktiviti yang berunsurkan khurafat ataupun kesan-kesan tapak penagih atau sebagainya di jumpai, suasana dalam keadaan elok dan tidak terusik .


Sehingga saat kami pulang banglo ini terus menjadi misteri, masing-masing punya pengalaman tersendiri gangguan yang datangnya dari " penunggu" banglo tersebut yang di katakan mengamuk dan mencari tuan baru untuk mendapat makan . kami tak pasti makanan yang macam-mana tapi berkemungkinan besar entiti ini adalah belaan dukun siam yang telah melarikan diri 30 tahun yang lalu .



Di sebelah banglo ini ( anak panah ) terletak rumah kecil yang di diami anak kepada dukun siam tersebut juga telah terbiar dan melarikan diri akibat tidak tahan dengan gangguan belaan Ayahnya.


Sejauh mana kebenaran kesahihan dan misterinya kami tidak dapat pastikan 100% dan niat kami untuk bertemu sendiri dengan tuan punya banglo tersebut juga tidak kesampaian kerana tuan banglo tersebut di katakan telah pergi membawa diri ke sempadan Thai dan menetap di sana, manakala anaknya masih berada di utara tetapi tiada siapa yang tahu di mana .

Ada sesuatu yang hendak Mr.Zam kongsikan bersama anda semua, ada sesuatu di dalam video kami dan di sedari oleh salah seorang fans selepas seminggu di uploadkan ke YouTube, kami sendiri tidak pasti samada ini cumalah ranting kayu ataupun daun-daun yang berada distu. Lihat foto di bawah ini .


Anda ada nampak apa-apa yang pelik lain dari yang lain ?


Imej wajah tersenyum di balik tingkap ini boleh di lihat di dalam video pada minit ke 12.40


Kami tidak mengatakan imej ini 100% entiti ataupun penunggu banglo, kerana ada dua kemungkinan samada ranting kayu dan daun-daun membentuk wajah seperti sedang tersenyum ataupun benar-benar ada penunggu, jika benar adakah ini hantu mayat wanita yang mati bunuh diri 30 tahun yang lalu, mungkin juga ianya menjelma melalui ranting dan celahan daun-daun .

Apapun terpulang kepada anda menjadi jurinya, seperti biasa team MrZam Extreme Ghost Hunter akan meneruskan misi samada berkumpulan ataupun keseorangan untuk membongkar tempat-tempat yang penuh misteri bukan untuk menunjuk berani tetapi mahu membawa anda merasai suasana keadaan sesuatu tempat yang di katakan keras di dalam video-video kami.



" Laluan untuk  untuk ke banglo tersebut harus melalui dari pokok sena ikut penjara gajah mati, terus ke simpang tiga bukit payung, terus ke simpang empat pokok pauh masuk ke jalan kubang leret sebelum sekolah kubang leret jumpa simpang tiga ikut bendang raja di hujung kampung bendang raja di situlah terletaknya banglo yang telah di tinggalkan sejak 30 tahun yang lalu, bagi mereka yang tinggal di sana pasti tau lokasi dan misterinya  "


LIHAT VIDEO PENUH DI BAWAH NI MENGENAI BANGLO TINGGAL 30 TAHUN DI LAMPAM KEDAH BY Mr.Zam Extreme Ghost Adventure Team 



VIDEO TERBARU SUARA ANEH DALAM AIR TERJUN JAM 3 PAGI, KLIK KAT SINI --> PENUNGGU AIR TERJUN, SUARA ANEH DLM AIR JAM 3PAGI

APA-APA YANG ADA DALAM BLOG NI :
KORANG BOLEH SHARE TANPA PERLU MINTA IZIN, SHARING IS CARING  : )
TQ he he he 

- SILAKAN SHARE -



Thursday, December 22, 2011

VIDEO BAYI PEREMPUAN DI PATUK ULAR TEDUNG SELAR ! ! !

Assalammualaikum kepada semua pembaca setia Blog Mr.Zam Extreme........

Korang mesti terkejut dengan tajuk di atas Bayi di Patuk Ular Tedung Selar, Rupa-rupanya bayi Perempuan ni di jadikan alat untuk membuat pertunjukkan bagi mendapatkan rezeki,


Kesian kat Bayi ni yang masih kecil dan masih tak tau apa-apa lagi dan apa saja yang datang semua di mainnya termasuklah haiwan berbisa ni Ular Tedung Selar !!!


Apakah ini mendera bayi mereka atau sekadar mahu mencari sara hidup dengan melakukan persembahan sebegini ? Sanggupkah anda yang berjiwa penyayang melakukan aksi sedemikian rupa pada Bayi anda yang Tomey demi sesuap Nasi ?


Atas alasan mencari rezeki untuk bayi mereka juga ! ermmm...macam-macam dunia ni.


BAYI NI INGAT NI TOY'S DIER ! : ((

Video yang asal di youtube hampir mencecah 1,187,543 JUTA view dan rata-rata komen mengutuk perbuatan ini !!!

Silakan Share Tanpa Perlu Minta Izin : )


Editor : Mr.Zam Extreme


LAGI MENARIK DI SINI -->
[ Mr.Zam Extreme YouTube Channel ]



Monday, December 19, 2011

HANTU WANITA TERAPUNG TANPA KAKI DI DALAM BILIK !!!

Assalammualaikum kepada semua pembaca setia Blog Mr.Zam Extreme........


Kali ni Mr.Zam nak kongsikan satu kisah yang berlaku pada seorang penghuni di sebuah rumah di jawa timur, yang telah berjaya merakamkan imej ganjil ini melalui telefon bimbit beliau.


Foto ini di dakwa asli dan bukan editing, sblm itu beliau sering di ganggu dan selepas di minta oleh seorang dukun supaya ambil gambar dgn telefon bimbitnya di dalam rumah tersebut, maka inilah imej yang terlihat!


" Seorang wanita berambut panjang terapung tanpa kaki !!



Tidak lama selepas itu dukun telah menangkapnya dan memasukkan di dalam botol. benar atau tidak terpulang pd Anda !


Editor : Mr.Zam Extreme


Lagi Menarik Di Sini -->
[ Mr.Zam Extreme YouTube Channel ]


POCONG DI TASIK DARUL-AMAN JITRA KEDAH !!!

Assalammualaikum kepada semua pembaca setia Blog Mr.Zam Extreme . . . .

Kali ni Mr.Zam Nak share foto yang di dakwa ada entiti berupa pocong di dalam foto tersebut, lokasi terletak di parking lot Tasik Darul-Aman Jitra Kedah berlatarbelakangkan banglo milik seorang YB, foto ni di kirimkan oleh rakan Mr.Zam bernama Aida dan yang berbaju merah di dalam foto ini adalah adik kepada aida bersama rakan.


Apa yang mengejutkan ialah terdapat sesosok bayangan putih yang menyerupai mahkluk Pocong seperti sedang berjogging sambil melompat ! Mungkin juga cahaya flash, orang lalu-lalang atau kabus di waktu senja, foto ni di ambiL ketika waktu senja lebih kurang dalam pukul 6 pm ke atas, masa foto ni di ambil mereka baru hendak pulang ke rumah dan di sedari oleh Aida rakan Mr.Zam semasa adiknya menunjukkan foto ini sekembali di rumah.


Sejauh mana kebenarannya terserah kepada korang semua . . .


Nak Senja Dah dik . . . baik balik cepat sebelum kena " follow " 

JOM TENGOK VIDEO KAT BAWAH NI :





Editor : Mr.Zam Extreme

LAGI MENARIK DI SINI -->


Sunday, December 18, 2011

PENUNGGU " IBU RUMAH " YANG MENYERAMKAN BY Mr.Zam Extreme

Assalammualaikum kepada semua pembaca setia Blog Mr.Zam Extreme . . . .

Kali ni Abg Zam nak kongsikan pada korang semua mengenai misteri IBU RUMAH ataupun rumah asal yang mula-mula di bina oleh orang-orang dulu-dulu.


Abg Zam telah pergi ke sebuah rumah yang di katakan menyimpan pelbagai misteri terletak di utara tanah air di daerah tunjang kedah dengan bantuan seorang rakan, Melihat keadaan Rumah tersebut biasa saja dari luar tetapi waktu malam menjelma pelbagai kejadian pelik akan berlaku.




Ketika melangkah masuk di  tingkat atas ibu Rumah yang di maksudkan kelihatan suasana agak suram sunyi dan sepi.





Keadaan di dalam ibu rumah ni agak usang dan banyak kayu yang mulai reput, agak seram juga masa ni.

Tuan ibu rumah ni yang mesra di panggil Pakcik Mat masih lagi menetap di sini tapi di rumah bawah atau rumah pendua dan rumah di tingkat atas di biarkan begitu saja lebih dari puluhan tahun sejak dari beliau mula berkahwin dan kini sudah mempunyai cucu yang ramai, Menurut Tuan rumah ni bila malam menjelang macam-macam bunyi dapat di dengar dan beliau sendiri tidak berani naik ketika waktu malam begitu juga ahli keluarga yang lainnya.

Abg Zam tidak di benarkan mengambil video ( tidak tau sebab apa ) cuma di benarkan ambil beberapa keping foto dan Abg Zam juga di minta untuk merahsiakan lokasi sebenar rumah ini.

Terpaksa akur dengan permintaan beliau, dapat naik pun kira ok la ni hu hu

Nampak agak usang, siling berlubang!


Siapa berani tidur atas katil usang ini walaupun hanya satu malam? 




Keadaan di bawah katil yang sudah berabuk !!





Imej yang dipercayai ' ORBS ' ( dlm bulatan ) atau boleh jadi juga ilusi kamera berjaya di rakam secara spontan, untuk mengetahui apa itu " ORBS" 
Korang boleh klik kat sini --> MISTERI ORBS






Keunikan tangga ke-4 dari bawah akan berbunyi setiap kali kita pijak dan tetap berbunyi walaupun dah di repair byk kali...pernah dulu pencuri nk masuk naik, di sebabkan bunyi kayu tu, Tuan rumah terus terjaga dan si pencuri melarikan diri.


Kulit ular di jumpai di salah satu sudut rumah !




Sarang labah-labah mula menjadi penghuni tetap di sini dan menunjukkan memang tempat ni sudah lama terbiar !


Almari yang sudah usang !!


Antara gangguan yang sering di alami ialah tangga untuk naik ke atas Ibu rumah akan berbunyi seolah-olah di pijak oleh sesuatu dan pelbagai suara-suara yang menyeramkan datang dari ibu rumah tersebut, biasanya akan berlaku ketika malam menjelma !


Foto seterusnya ini menjadi tanda-tanya dan di sedari semasa proses meng'upload' di lakukan, cuba korang lihat foto di bawah ni, apa yang korang nampak ? lihat dalam bulatan merah tu !




Ok kita Zoom sket :





Kelihatan imej mahkluk yang mempunyai telinga capang dan bermuka bujur sedang berdiri memerhatikan lensa kamera !! atau bole jadi dedaun yang membentuk, tapi tak juga sebab tempat benda ni berdiri adalah laluan untuk kereta masuk ke ibu rumah, jalan berpasir.






Korang jangan la gelak yer..Abg Zam bukan pandai lukis sangat, hah bentuk ni lah yang terlihat dalam foto ni, kira lebih kurang bentuknya macam tu...




Rasanya penunggu ibu rumah ni kot? foto ni di ambil kat depan Rumah tersebut, memang saja je snap ! tak sangka " dier " muncul kat foto yang ini . . .


Jom lihat videonya kat bawah ni :



Sejauh mana kebenarannya terpulang kepada pendapat dan pandangan masing-masing, Abg Zam tidak mengatakan ianya 100% benar, mungkin juga hanya ilusi kamera, halunisasi ataupun misteri yang sukar di buktikan secara saintifik !


LIKE FANPAGE                   ►    https://www.facebook.com/mrzamextreme
RADIO ONLINE STATION     Mr.Zam Extreme Online Radio Station
YOUTUBE CHANNEL           ►   Mr.Zam Extreme YouTube Channel

HAMSTER